Wednesday 28 October 2015

LESTARI

"The best time to plant a tree was twenty years ago, the second best time is now"


Monday 26 October 2015

PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MINGGU LESTARI 2015

: Pada 26 Oktober 2015 Majlis Perasmian Penutupan Program Minggu Alam Sekitar Malaysia telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chabau. Upacara perasmian penutupan program MASM 2015 ini telah dirasmikan oleh Jabatan Alam Sekitar Melaka. Sempena majlis penutupan ini Agensi-agensi luar juga telah di jemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program Minggu Lestari Sk Chabau 2015, dari bermulanya hari perasmian sehingga hari penutupan  Program Minggu Lestari (MASM) ini,
Terima Kasih.









PROGRAM MINGGU LESTARI

: Sempena minggu Lestari, Sekolah kebangsaan Chabau  telah menjalankan beberapa program sepanjang minggu lestari yang sedang berlangsung. pada 24 Oktober 2015 telah berlangsungnya Taklimat dari wakil jabatan pertanian dan Program hari hijau bersama guru, taklimat ini bertujuan menerangkan bagaimana untuk mejaga tanaman dan mengenal tanaman yang sihat dengan cara yang betul. selain itu Sk Chabau juga telah menjemput penceramah untuk bengkel Composting dari penjara  Sg. Udang untuk  menerangkan dan menunjukan cara-cara membuat baja kompos dengan betul dan lebih jelas. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.