LATARBELAKANG LESTARI

     Sekolah Kebangsaan Chabau telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk menghadiri bengkel pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengkera Melaka pada 3-5 April 2015 yang lalu.

    Pada 22 Jun 2015, Guru Besar SK Chabau telah merasmikan pembentukan Sekolah Lestari di peringkat sekolah semasa perhimpunan rasmi.

    Pada 20 Ogos 2015, kerjasama kali pertama dengan organisasi  luar telah dimulakan apabila sekolah menjemput Environment Unit, Panasonic Tangga Batu, Melaka datang ke sekolah untuk memberikan taklimat kesedaran tentang kepentingan menjaga Alam Sekitar kepada murid-murid Prasekolah Bijak Kreatif SK Chabau. Pihak Panasonic juga telah menyumbangkan 4 batang pokok mangga dan telah ditanam di kawasan sekolah. 

    Sepanjang bulan Mei hingga kini, pelbagai aktiviti 3R telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha membudayakan gaya hidup lestari di kalangan warga sekolah. 

Antaranya adalah:-

1 )Menggalakan ibu bapa menyumbang barangan kitar semula dari rumah ke sekolah.
2) Guru-guru senivisual & sains membuat kreativiti dan inovasi berasaskan bahan 3R.
3 )Mengumpulkan ahli-ahli Rakan Alam Sekitar.
4) Hari tanpa beg plastik pada setiap hari jumaat.
5) Kecekapan Tenaga oleh Skuad 3R SK Chabau.
6) Green Xplorace & pameran serangga serta reptilia sempena minggu sains & matematik 2015.

    Dan pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Chabau untuk julung kalinya telah dipilih untuk menganjurkan Minggu Lestari sempena sambutan MASM 2015 bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.


No comments:

Post a Comment